Wednesday 27 November 2013

data logger



PENDAHULUAN
Assalamualaikum.
Alhamdulillah , bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatNya saya berjaya menyiapkan tugasan yang kedua ini bagi kursus SSI3013 yang merupkan salah satu kursus wajib saya bagi semester ini. Kursus ini banyak memberi pendedahan kepada saya bahawa melalui dunia sains dan teknologi, kita boleh mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dan sekali gus memberi satu keputusan yang lebih tepat, cepat dan berkesan.Dalam kecanggihan teknologi terkini, kita mesti mengambil peluang ini dan boleh dijadikan salah satu sumber atau bahan bantu mengajar dalam merealisasikan hasrat kerajaan yang inginkan masyarakatnya celik IT disamping bijak menggunakan kemudahan yang disediakan dalam mengejar ilmu. Kerajaan juga telah menjalankan bebebrapa program yang member lebih banyak maklumat kepada guru dalam penggunaan ICT dalam pengajaran.
Dalam pembelajaran sains, terdapat beberapa data logger yang dapat diaplikasikan dalam eksperimen bagi membantu guru dan pelajar semasa membuat suatu ujikaji. Antara data logger yang biasa digunakan antaranyanya semasa mencari keasidan atau kealkalian bahan iaitu membaca nilai pH, semasa membaca arus elektrik yang digunakan, membaca suhu, membaca tekanan,  dan pelbagai lagi dimana semua bacaan ini diperolehi dari sumber eksperimen dan diterjemahkan melalui komputer.Saya memilih untuk menggunakan data logger bagi membaca pH semasa proses pentitratan. Semasa ujikaji ini dijalan, prob meter pH  akan disambungkan kepada komputer semasa proses pentitratan. Melalui prob meter pH ini, kita tidak perlu melakukan eksperimen ini berulangkali seandainya kita tidak dapat merekodkan bacaan dengan tepat, sebaliknya kita boleh merujuk kepada data yang telah direkod dalam computer.
Terima kasih kepada pensyarah saya En. Azmi yang banyak memberi maklumat sebelum saya menyiapkan tugasan ini. Walaupun saya rasa tugasan ini agak mencabar saya memandangkan saya terpaksa memberi komitmen kepada kerja hujung tahun di sekolah dengan membahagikan masa dengan tugasan yang diberi. Alhamdulillah, bersyukur saya, dengan pelbagai cabaran , saya tetap usahakan agar tugasan ini siap dalam masa yang ditetaokan.
ENGAGE
PENTITRATAN ASID BES
1)         Berapakah nilai pH bagi asid dan bes?
2)         Berapakah isipadu larutan natrium hidroksida 0.1000M yang diperlukan bagi meneutralkan  40ml asid hidroklorik 0.1000 mol dm-3  ?
3)         Adakah isipadu kedua-dua larutan itu sama?
4)         Berapakah kepekatan asid hidroklorik semasa proses peneutralan tersebut?
5)         Adakah perubahan warna pada larutan apabila larutan telah mencapai takat peneutralan?
           

EMPOWER
Tujuan : Menentukan takat akhir proses peneutralan melalui kaedah pentitratan            
   dengan menggunakan  pH sensor / pH meter.








Radas :
Pipet
Burette
Kelalang kon
pH meter/scale
computer
kaki retort
Prosedur

1.         40ml asid hidroklorik 0.1000M diletakkan ke dalam  sebuah kelalang kon yang bersih dengan menggunakan pipet.
2.         Sebuah buret 50cm3 diisikan dengan larutan natrium hidroksida 0.1000M.
4.         Bacaan awal natrium diambil sebagai rujukan.
5.         Kelalang kon yang mengandungi 40ml  larutan asid hiroklorik diletakkan dibawah buret.
6.         Satu prob pH meter direndamkan dalam larutan berasid dan disambung ke komputer untuk    melihat perubahan pH semasa proses pentitratan.
7.         Satu graf  nilai pH melawan masa dipaparkan pada skrin komputer.
8.         Takat akhir pentitratan dapat ditentukan daripada titik tengah perubahan pH dan kita juga dapat melihat dengan perubahan warna larutan.
9.         Larutan fenolftalein boleh digunakan untuk melihat perubahan warna semasa proses pentitratan.



Keputusan



Jawapan :
1)         Nilai pH asid antara 1 – 6, manakala nilai pH alkali antara 8 – 14.
2)         Berdasarkan daripada jadual, 40ml Natrium hidroksida diperlukan untuk meneutralkan asid hidroklorik.
3)         Ya
4)         Kepekatan asid :
            [ HCl] = 0.1000M / 40 cm3
                                =  2.5 x 10-3 mol dm-3
5)         Larutan berubah warna ke merah jambu


ENHANCE
Dalam kehidupan harian, banyak ujikaji yang boleh menggunakan data logger dalam menentukan bacaan sesuatu ujikaji dengan lebih tepat, antaranya:



Keasidan tanah bagi pertanian kerana setiap jenis tanaman memerlukan tahap keasidan yang berbeza.
 


Tahap pencemaran air, dengan maklumat yang diperolehi. Air yang tercemar dapat dirawat semula agar tidak membahayakan pengguna termasuk hidupan lain



Syampu yang digunakan juga perlu mempunyai nilai pH yang sesuai untuk mematikan organisma yang menganggu kesihatan rambut dan memastikan rambut sentiasa sihat dan tidak mengalami masalah rambut.


Contoh Soalan:
Diberi  :
Pentitratan
1
2
3
Bacaan akhir buret (cm3)
20.05
20.00
20.10
Bacaan awal buret (cm3)
0.00
0.05
0.10
Isipadu asid hidroklorik yang diperlukan (cm3)
20.05
19.95
20.00

1.         Berapakah purata isipadu asid hidroklorik yang diperlukan?
            =  
            =  20.00 cm3
2.         Jika 25cm3 larutan natrium 1.0 M digunakan dalam eksperimen tersebut, berapakah kepekatan asid hidroklorik?
            Bil. Mol NaOH   =  1.0 x 25/1000
                                        =  0.025 mol
            Kemolaran HCL = 0.025mol / 0.02 dm3
                                       = 1.25 mol dm-3



RUJUKAN
Martin S. Silberberg.  Chemistry The molecular nature of Matter and Change 3rd Edition. Kent  
            A Peterson
Ooi Yong Seang, Darric Lim. Spotlight Galaksi Kimia,(2013). Pan Asia Publications Sdn. Bhd, 
Subang Jaya, Selangor.

No comments:

Post a Comment