REFLEKSI
Assalamualaikum
dan salam Ukhuwah.
Alhamdulillah
bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya berjaya
menyiapkan Tugasan ICT yang telah diamanahkan kepada saya bagi semester ini. Terima
kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Dr. Azmi kerana memperkenalkan saya dengan beberapa program yang berkaitan dengan ICT
dimana ia boleh diaplikasikan dalam kerjaya saya sebagai guru.
Memandangkan
semester ini merupakan semester yang pendek dengan pelbagai kekangan dalam
menyiapkan tugas khas disekolah , namun berkat usaha dan keyakinan bahawa saya
mampu melakukannya dan menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan. ICT
bukanlah satu benda yang baru namun sentiasa mempunyai inovasi yang dapat
membantu dan memudahkan kita dalam sesuatu kerja.
Sebagai
contoh, Dr. Azmi memperkenalkan tentang Data Logger dalam pengajaran. Jika
sebelum ini kita biasa dengan kertas pH, termometer, ammeter dan sebagainya
dimana kadang kala, kita melakukan kesilapan yang tidak disengajakan, namun
dengan penggunaan Data Logger ini, kita tidak perlu membuat eksperimen sekali
lagi tetapi sekadar merujuk kepada maklumat yang terdapat dalam komputer.
STELLA,
satu nama yang pada mulanya saya fikirkan nama wanita, tetapi setelah program
tersebut di “download” dalam Komputer saya, barulah saya tahu bahawa STELLA itu
merupakan satu program yang boleh membaca data dan di implementasi dalam bentuk
graf dan dipamerkan untuk melihat perubahan dengan lebih jelas. Kita tidak
perlu berimaginasi lagi tetapi hasil bagi setiap perubahan berada di hujung
jari kita.
Perkongsian
ilmu bersama rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini amat penting memandangkan
kami pelajar PJJ perlu menyiapkan tugasan atas usaha kami sendiri memandangkan
waktu tutorial tidak memadai bagi kami dalam cakupan ilmu. Namun, kesungguhan
pensyarah dalam menyampaikan ilmu kepada kami, kami ucapkan ribuan terima
kasih.
Satu
perkara yang saya rasa penting ( pendapat peribadi saya ), ICT adalah satu
aplikasi teknologi yang memerlukan tunjuk ajar secara “hands on” dan nota yang
teratur. Jadi, saya secara jujurnya mengharapkan ada nota yang boleh saya
jadikan rujukan dalam blog Dr. Bagi
saya, ia amat membantu kami khususnya pelajar PJJ. Saya mengharapkan terdapat
satu “icon” khas bagi kami untuk membuat rujukan dalam blog Dr. kerana bagi
yang pertama kali melayari blog Dr. kami rasakan kami sudah tersalah alamat
memandangkan blog yang dipamerkan lebih kepada pengurusan kebun nangka. Maaf
Dr. kerana ini adalah luahan peribadi saya yang cetek ilmu.
Namun,
saya tetap mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada Dr kerana tanpa
tugasan dan panduan yang diberi, mungkin saya terus dengan cara saya yang
merasakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
aplikasi yang kurang penting. Hakikatnya, ICT dalam P & P amat membantu dan
memudahkan tugasan kita .
No comments:
Post a Comment