Friday 13 December 2013

SEKADAR RENUNGAN

IBU KITA DAN KITA SEBAGAI IBU

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang,semua ibu jangan jatuhkan air matamu dan jangan  bagi ibumu jatuh air matanya kerana kamu.Biarlah ibu kita menangis kerana anak berjaya bukan menangis angkara perbuatan kita.

2.  Sekiranya kita balik ditengah malam, buka lampu dan tatap muka ibumu, sebab wajah orang yang sedang tidur menampakkan segalanya.

     ADA 3 MATA YANG TIDAK DIJILAT API NERAKA
     *  Melihat kaabah sehingga menitis air mata
     *  Membaca Al-Quran sehingga menitis air mata
     *  Memandang wajah ibu yang sedang tidur / sedar sehingga berlinangan air mata

3.  Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
     *  Anak
     *  Ibu
     *  Suami / isteri

4.   Adalah menjadi satu dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu

5.  Barangsiapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tidak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

6.  Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah ibu kita yang telah tiada.

7.  Ketika melalui kubur, perlahankan dan beri salam, mereka akan doakan kita " berkatilah si pulan ini ". Jadi jangan lupa beri salam.

8.  Sekiranya ibu kita sudah tiada, bersedekahlah atas namanya, itu yang membuat ibu bahagia disana.

9.  Jika kita sukar untuk bersedekah, bayangkanlah wajah ibu kita, pasti Allah bukakan hati kita untuk bersedekah.

10.  Allah anugerahkan usia yang panjang bagi ibu bapa kita dengan pelbagai kesakitan dan nyanyuk untuk memberi syurga bagi kita. berebutlah menjaga ibu bapa kita, kerana syurga telah dijanjikan untuk kita.

Bersyukurlah kita yang masih mempunyai ibu bapa, sayangilah mereka kerana tanpa mereka kita tiada di bumi ini.......

Sayang makkkk....

Al-Fatihah untuk ayah, agar rohmu ayah bersama orang yang soleh, Amin.